Anda cintakan Al-Quran? Anda sayangkan kanak-kanak?
Jom sertai team kami untuk mengajar anak-anak mengaji.
✔️Boleh mengajar Al-Quran & Tajwid dengan baik
✔️ Boleh mengajar Al-Quran secara online dan juga kelas fizikal.
Syarat dan kelayakan menjadi guru mengaji Al Quran SPEEDreading Centre
✔️Warganegara Malaysia
✔️Lelaki/Perempuan
✔️Sihat tubuh badan, berumur lebih dari 20tahun
✔️Kelayakan minimum diploma dalam bidang pengajian Islam
✔️Mempunyai pengalaman mengajar Al Quran sekurang-kurangnya 1 tahun dan boleh berikan komitmen untuk mengajar Al Quran lebih dari 6 bulan
✔️Mempunyai pengetahuan atau pengalaman berkaitan pendidikan awal kanak-kanak sangat diutamakan
✔️Ceria, kreatif, berdikari, sentiasa positif & berperwatakan kemas
✔️Mempunyai lesen memandu yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri
Jika berminat, SILA HANTAR RESUME ke hrspeedacademy16@gm***.*** beserta maklumat berikut: -
*Subjek: - TUTOR MENGAJI SEPARUH MASA
*Isi Emel: - Surat Permohonan
*Lampirkan maklumat diri (Resume)
Kelas Cepat Membaca SPEEDreading (Pusat Tuisyen Anak-anakku) adalah sebuah syarikat bumiputra yang menjalankan perkhidmatan pendidikan alternatif atau tambahan kepada masyarakat yang memerlukan, terutamanya khidmat pembelajaran dari segi literasi kepada semua peringkat termasuklah kanak-kanak. SPEEDreading menyediakan kelas cepat membaca kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, seperti disleksia, lembam, autism dan lain-lain, pelajar kelas pemulihan, dan juga kanak-kanak normal bagi membantu mereka cepat membaca. Kaedah pembelajaran yang SPEEDreading bawakan adalah pembelajaran sambil bermain menggunakan kaedah Fonik Gabung Bunyi.